Hakak nasihat .
12:59 PMAssalamualaikum ...
Cuti dah nak habis . Berbaki seminggu je lagi . Lepas tu kena terbang ke Jaybee semula meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang student . And guess what I am doing now ? Hahaha , for sure laa duk depan lappy . Sambil dengar cover Sungha Jung . Terer dia main gitar . Oh gosh , I adore . Melting tengok dia petik tali-tali gitar dia tu dgn bergayanya . So , adorable . Semoga berjaya laa dalam bidang yg dia ceburi . All the best , Sungha Jung !
Sebenarnya taktau nak tulis apa kali ni . Dari tadi tunggu idea datang , tak muncul-muncul jugak . Idea pun ikut bercuti agaknya . Hahaha . Ke nak dengar sebuah cerita ? Fairytale ciptaan manusia . Happy ending ? Well , sorry to say . Cerita yg aku nak cerita ni sedih nak mampus . Sediakan tisu berhampiran anda , hahaha . Tak laa , aku gurau je . Aku malas nak taip panjang-panjang sebenarnya . So , cerita yg aku mention just now kita simpan dulu laa k ? Buka topic lain jom .
Siapa percaya pada cinta alam maya ? Yapp , betul laa tu . Perkenalan yg bermediumkan media sosial dan bercambah menjadi sebuah percintaan . As I know , ramai je yg kenal dari facebook , twitter , instagram dan sebagainya menjadi pasangan kekasih . Yg bertemu jodoh dan berkongsi pelamin yg sama pun ada tau . Dah nama pun jodoh kan , Allah boleh hadirkan seseorang tu utk kita dalam apa jua keadaan . Tak kurang jugak utk mereka yg datang mengetuk pintu hati tapi tak ditakdirkan bersama kita . Senang cakap , mereka ni kira insan-insan yang Allah hantar utk uji hati dan diri kita sendiri .
Baik buruk perkenalan tu bergantung pada diri kita sendiri sama ada kita pandai kawal hati ataupun tidak . Dan aku berani cakap mmg ramai yg failed . End up dgn kecewa , merana , derita . Susah nak move on . Tu bagi orang-orang yg setia laa . Utk orang-orang yg vice versa ni , kau fikir sendiri laa labu . Confirm tau jawapan . Mula-mula tu mmg tak percaya pada cinta alam maya ni tapi persekitaran aku sendiri yg berikan aku jawapan-jawapan yg aku cari . And yes , once kau falling in love , tak kisah laa orang tu kau tak pernah jumpa sekalipun , if the feeling is there deep in your heart , baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah . Hahaha .
Sekali kau jatuh , kau susah dah nak bangun and patah balik , start dari garisan permulaan tadi . Mmg sukar . Tak percaya , tu kau punya pasal . Aku tahu semua bijak pandai dan tahu yg love is no logic . Kau jatuh , jatuh laa . Kira bonus dah tu kalau kau jatuh dan fav person kau sudi hulur tangan pd kau . Yg haru ni bila kau jatuh and takda siapa yg sudi hulur tangan . Terpaksa laa kau rawat luka sendiri , then perlahan-lahan berdiri utk teruskan perjalanan berliku kau di hadapan .
Macam yg pernah aku mention kat tweet aku semalam , kecewa itu salah satu dari learning process . Semua akan rasa benda tu , cuma cause and effect dia berbeza . So , aku nak pesan kat sini yg do take care of yourself . Jgn mudah sangat terpedaya dgn ayat manis manusia dekat alam maya tu . Boleh jadi mereka tipu , nak jadikan kau bahan ujikaji atau just for fun bila mereka bosan . Rugi kalau kau terjebak . Wasting time . Bukan setakat masa yg kau buang , tenaga , perasaan , kesihatan pun kau gadai . So , pliss . Tolong laa dgr utk adik-adik kat luar sana tu . Hakak nasihat sebab hakak sayangg . Aisehhhmen . Hahahaha .
Cukup laa kot utk kali ni . Hakak pun low back pain dah ni duduk ngadap laptop dari tadi . Mengalahkan orang tua . Huhu . Pesanan ikhlas di atas tiada kaitan dengan yg hidup atau yg mati . Just utk peringatan bersama . Mr/Mrs Right anda-anda on the way dah tu . Sabar and doa banyak-banyak . Semoga yg datang pun yg baik-baik jugak . Allah knows best . Soal jodoh ni , serah pada Dia . Jodoh akan datang pada timing yg sesuai . Bahagia akan menyapa jugak nanti . Tak selamanya kau akan bersedih . Bangun dan basuh luka-luka kau tu . Hidup terlalu singkat utk bersedih . Kau masih ad mak bapak dan orang-orang terdekat yg sayangkan kau . Jangan kecewakan mereka .
Akhir kalam ,
jaga hati . Kejar cinta hakiki . Kejar impian hidup dan banggakan mak bapak dulu . Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah . Allah Maha Besar .
Baii , assalamualaikum .
- EM -

1 comments
update this blog please...
ReplyDelete